Tak kira cuaca panas atau sejuk, dapat makan pencuci mulut dingin memang sedap dan melegakan tekak. Lagi-lagi kalau yang ada isi kelapa macam Buko Pandan ni.
Kalau nak ikutkan, pencuci mulut ni asalnya dari Filipina. Campuran jeli pandan, isi kelapa muda atau buko dalam bahasa Filipina dan bahan-bahan lain seperti sagu atau nata de coco memang nikmat tak terkata.
Sekali buat, lebihkan sikit supaya boleh tahan 3 hingga 4 hari dalam peti ais. Teringin, boleh terus cedok dalam mangkuk.
Bahan-bahan:
Jeli pandan:
- 1 pek /10g serbuk agar-agar
- 1 cawan jus pandan
- 3 cawan air
- 1 cawan gula
- 2-3 titik pewarna hijau (pilihan)
Sagu:
- 1 cawan sagu
- Air secukupnya
- Sedikit pewarna hijau
Bahan hiasan lain:
- 1 kotak /200g krim putar tenusu
- 1 tin susu cair
- Susu pekat manis
- Nata de Coco
- 2 sudu besar biji selasih
- Isi kelapa muda
- Kiub ais
- Ais krim vanila (pilihan)
Langkah Penyediaan:
Biji selasih dan sagu:
- Rendam biji selasih dengan air secukupnya dalam anggaran 10-15 minit sehingga kembang.
- Rebus pula sagu sehingga sagu masak dan lembut.
- Setelah masak, bilas sagu dengan air lalu tambah pewarna hijau kedalam sagu.
Jelly pandan:
- Kisar halus daun pandan dengan air secukupnya lalu tapis jus pandan.
- Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar, gula, pewarna hijau dan jus pandan.
- Setelah mendidih, tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.
- Kemudian, potong jeli pandan yang sudah sejuk berbentuk kiub.
Whipping cream:
- Pukul whipping cream sehingga agak pekat.
- Sejukkan ke dalam peti sejuk.
Langkah menghidangkan Buko Pandan:
- Masukkan kiub jeli pandan, susu pekat manis, susu cair, biji selasih, sagu, nata de coco, isi kelapa dan kiub ais.
- Masukkan whipping cream dan hidangkan bersama dengan aiskrim vanilla.
Tips:
- Jika tidak mahu kisar daun pandan, boleh sahaja simpulkan daun pandan ke dalam rebusan jeli.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!