TFValue Mart

Brownies Kedut Air Fryer

Peminat- peminat brownies yang kedut-kedut, fudgy dan moist-moist gitew sila hadirkan diri! Kami kongsikan cara mudah untuk sediakan brownies kegemaran ramai ni guna sukatan cawan. Dua perkara penting yang kena ingat adalah, guna cawan yang sama untuk sukat semua bahan supaya konsisten dan tak perlu oven, gunakan Air-Fryer je!

Bahan-bahan:

A:

  • 1/2 cawan butter (kalau guna block 250g tu, potong ambil separuh bahagian)
  • 1 cawan dark chocolate (bar/coin) 

B:

  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 penutup esen vanilla

C:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar serbuk koko 

 

Langkah penyediaan:

  • Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiler*. 
  • Double boiler: Panaskan air di dlm periuk hingga menggelegak. Tutup api dan letak bekas yg lebih besar pada permukaan periuk. Masukkan chocolate dan kacau hingga cair.
  • Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau rata. Biarkan suam.
  • Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. (Guna senduk atau whisk sudah memadai)
  • Ayak bahan C
  • Satukan adunan A dan B. Kacau rata.
  • Masukkan bahan C dan kaup balik menggunakan senduk sehingga sekata.  
  • Bakar menggunakan air fyer pada suhu 200°C selama 15-20minit (ikut kesesuaian air fyer)

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!