Mak-mak yang dah surut idea untuk menyediakan masakan berkhasiat untuk seisi keluarga bolehlah mencuba resepi ringkas ini. Cara penyediaannya sangat ringkas dan mudah. Tak perlu lama di dapur. Yang pasti sedap!

Bahan – bahan:

  • 250 g broccoli
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 ekor udang – buang kulit
  • 1½ sudu besar lada sulah 
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara

  • Tumis bawang putih sampai kuning.
  • Masukkan udang dan lada sulah. Goreng kira-kira 2 minit.
  • Masukkan sayur broccoli dan sedikit air. Tambahkan sos tiram dan perasakan.
  • Matikan api dan siap untuk dihidang. Sedap dimakan bersama nasi putih panas.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!