TF Value Mart

Biskut Disukai Ramai & Mudah Untuk Dibuat, Brownie Cookies

Selalu kita makan kek brownie kan? Apakata kali ni kita tukar ke Biskut Brownie! Serius rasa dia tetap sedap cuma bezanya biskut ni mmg crunchy. Confirm anak-anak suka sampai minta buat berkali-kali hihi Ayuh lah kita! Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

  • 350g dark chocolate
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 biji telur + 1 biji telur kuning
  • β…” cawan (150g) gula castor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • ΒΌ cawan tepung gandum
  • ΒΌ sudu teh baking powder

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 Β°C.
  2. Cairkan 200g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler)
  3. Cincang kasar baki 150g dark chocolate tadi dan ketepikan.
  4. Pukul gula bersama telur dan esen vanila sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa 10-15 minit.
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalma adunan telur.
  6. Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula sehingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
  7. Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
  8. Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
  9. Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
  10. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas tetapi mengeras apabila disejukkan.

 

Resepi ni sangat mudah ye semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!