TF Value Mart

BIBIMBAP! (Korean Rice Bowl)

Sis tahu dekat sini mesti ramai yang minat dengan Oppa Lee Min Ho kan..amboi! Lepas sis tengok k-drama tadi, terus kempunan lah nak buat Bibimbap. Yalls tahu tak perkataan bibim tu bermaksud ‘gaul’ & bap ialah nasi yang telah dimasak. Bak kata omputeh ‘mixed rice’ haa gitu! Resepi kalini daripada Seminit Resepi tau! Bahan-bahan pun sihat je..sesuai untuk yalls yang sedang berdiet hehe. Ok dah ready? Jom kita mulakan~

Bahan perapan daging:

  • 250 gram daging
  • 2 sb kicap cair
  • 1 sb madu
  • 1 sb bawang putih cincang
  • 1 sb minyak bijan
  • Bijan sangai (sedikit sahaja)

Bahan sayur-sayuran:

  • Taugeh
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Zucchini
  • Timun Jepun
  • Cendawan Shitake

Bahan-bahan lain:

  • Bawang putih
  • Minyak bijan
  • Bijan sangai
  • Gochujang

  • Kicap cair
  • Stok ayam
  • Telur

Cara penyediaan:

  1. Potong daging kepada bentuk mancis, dan satukan kesemua bahan. Perapkan 30 minit.
  2. Hiris halus lobak, zucchini, timun dan cendawan. Gaulkan dengan garam (kecuali cendawan) dan ketepikan supaya air dari sayuran keluar.
  3. Rebuskan air, dan celurkan bayam. Kemudian potong bayam dan letakkan minyak bijan dan juga bijan sangai. Ketepikan.
  4. Rebus air bersama taugeh, dan perasakan dengan stok ayam. Rebus selama 10 minit sahaja. Keluar kan taugeh dan ketepikan.
  5. Dalam pan bersih, masak lobak bersama sedikit minyak. Ketepikan.
  6. Masak pula zucchini bersama sedikit minyak bijan dan bawang putih. Sama juga cara masak timun jepun. Ketepikan.
  7. Masak cendawan shitake bersama kicap cair dan bawang putih. Ketepikan.
  8. Masak daging sehingga air kering. Ketepikan.
  9. Dalam mangkuk bersih, letak kan nasi dan juga semua bahan yang kita sediakan tadi.

  10. Letakkan telur mata kerbau dan gochujang berserta minyak bijan dan taburan bijan sangai. Bibimbap sedia dimakan panas bersama sup taugeh.

 

Macam mana menu hari ini? Nak sis kongsikan lagi menu makanan Korea untuk akan datang? Kalau nak…nanti kan okay! Apa pun yalls kenalah guna bahan-bahan segar untuk masakan ye & boleh dapatkan di TF Value-Mart dimana pelbagai produk untuk semua boleh didapati sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. Jumpa yalls untuk resepi lain pula bye bye!