Hai semua! Sekarang bila dah masuk musim hujan ni, seronok lah kalau dapat pekena makanan yang berkuah kan lagi-lagi sup panas~ fuhh lega tekak kita. Jadi hari ni sis nak kongsikan resepi Bakso yang rasanya seakan asli dari Indonesia tau (resepi khas daripada 🇲🇾Kak Lis). Boleh cuba buat untuk makan tengahari esok okeh? Tunggu apa lagi kan, jom kita start!
Bahan-bahan:
- 1 bungkus mee cintan
- 500g suun
- 500g tulang rusuk
- 6L air
- Kiub pati lembu
- 2kg daging bakso (instant)
- Sos cili
- Kicap
- Sambal
- Bawang goreng
- Daun sup
- Sawi
Bahan-bahan dihaluskan:
- 200g ulas bawang putih
- 1 tsp biji lada putih
- 3 buah keras
- ½ biji buah pala
- 3 inci halia
Bahan-bahan sambal:
- 20 tangkai cili padi merah
- 3 tangkai cili merah
- 3 ulas bawang putih
- Cuka
- Garam
Cara penyediaan bakso:
- Rebus air. Masukkan mee cintan & sedikit minyak, tunggu sehingga mee kembang.
- Setelah kembang boleh angkat & toskan.
- Rebus suun & masukkan sedikit minyak. Dah kembang, boleh angkat, cuci & tos.
- Celurkan sawi (sekejap sahaja) & asingkan.
- Persiapan untuk kuah – Rebuskan air, masukkan tulang rusuk & tunggu sehingga masak.
- Seterusnya, tumis bahan-bahan yang telah dihaluskan (rujuk bahan diatas).
- Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam kuah tulang rusuk, tambahkan air & rebus sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan kiub pati lembu & daging bakso. Masukkan daun bawang & garam secukup rasa.
- Penyediaan sambal – Rebus cili padi merah, cili merah & bawang putih. Kisar kesemuanya bersama sedikit cuka & garam. Sambal siap di hidang.
- Hidangkan dalam mangkuk – Suun, mee, daun bawang, daun sup, sawi celur, kuah bakso, sos cili, kicap, bawang goreng & akhirnya sambal. Jom makan!
Bakso dah siapppp! Ewahh sedap sangat ni. Tak perlu susah-susah nak terbang ke negara jiran dah ye! Hehe. Apa pun yalls kenalah guna bahan-bahan segar untuk masakan ye & boleh dapatkan di TF Value-Mart dimana pelbagai produk untuk semua boleh didapati sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. Jumpa yalls untuk resepi lain, stay tune!