Skip to main content

TF Value Mart

Resepi Ayam Percik Bakar Mudah & Sedap (Gaya Bazar Ramadan) | TFVM

Resepi Ayam Percik Bakar: Rahsia Kuah Pekat & Aroma Memikat

Sajian favourite setiap kali menjelang bulan Ramadan mestilah ayam percik. Kalau ke bazar, gerai yang menjual hidangan ini pasti menjadi tumpuan. Bau ayam bakar dengan salutan kuah yang manis pedas dijamin buat uols kecur liur!

Tahun ini, apa kata kita buat sendiri hidangan ini di rumah. Walaupun nampak gah, sebenarnya resepi ayam percik ini sangat mudah untuk diikuti. Jom kita semak bahan ayam percik yang diperlukan.

Gambar Ayam Percik Bakar Yang Menyelerakan


Bahan Perapan Ayam:

  • 1 ekor ayam (potong 8 atau mengikut kesukaan)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Sos Percik:

  • 10 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai & 1 inci halia
  • Segenggam cili kering (direbus dahulu)
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Langkah Penyediaan Resepi Ayam Percik

  1. Perapan Ayam: Kisar halus bahan perapan. Lumur sekata pada ayam dan biarkan ia meresap selama 30 minit hingga 1 jam.
  2. Masak Sos: Kisar bawang merah, putih, halia, serai, dan cili kering. Masak bahan kisar bersama santan di atas api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Perasakan: Masukkan garam dan gula secukupnya. Pastikan ada rasa manis dan lemak yang seimbang. Biarkan sos sejuk seketika.
  4. Kukus Ayam: Kukus ayam yang telah diperap tadi sehingga separuh masak atau masak sepenuhnya supaya proses membakar nanti lebih cepat.
  5. Proses Membakar: Celupkan ayam ke dalam kuah yang telah sejuk. Panggang ayam di atas bara arang untuk aroma yang lebih kick.
  6. Pilihan Alternatif: Jika tiada bara, uols boleh gunakan pemanggang ajaib atau bakar di dalam oven sehingga permukaan ayam sedikit garing. Siap untuk dihidang!

Tips: Untuk hasil percik api yang cantik, sapukan baki kuah ke atas ayam beberapa kali semasa proses memanggang supaya kuah melekat tebal dan nampak berkilat.


Semoga perkongsian resepi ayam percik ini bermanfaat untuk uols cuba! Hidangan ini pasti lebih bermakna bila disediakan sendiri untuk keluarga tercinta.

Gunakanlah bahan-bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart (TFVM). Kami telah menyajikan pelbagai produk segar sejak 1957 melalui 40 cawangan (kini lebih banyak!) di seluruh Malaysia. Jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!