Ayam Percik Merecikk!

Sajian feveret bulan Ramadan bagi kebanyakkan kita mesti ayam percik. Bila ke bazar tu memang gerai ayam percik yang selalu jadi tumpuan kan. Bau ayam bakar dengan kuah manis pedas dia dijamin buat kecur mulut.

Tahun ni apa kata kita buat sendiri ayam percik ni. Mudah je.

Bahan-bahan: 

Untuk perapan

  • 1 ekor ayam (dipotong 8)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

 

Untuk sos

  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • Segenggam cili kering (direbus)
  • 2 cawan santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa

 

Langkah penyediaan:

  • Kisar bahan perapan dan lumur sekata pada ayam. Perapkan selama 30 min-1 jam.
  • Kisar bawang merah, putih, halia, serai dan cili kering. 
  •  Masak bersama santan diatas api yang perlahan sehingga kuah pekat.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan sejuk.
  • Kukus ayam yang telah diperap sehingga masak.
  • Celupkan ke dalam kuah yang telah sejuk dan panggangkan ayam diatas bara. Boleh gunakan pemanggang ajaib atau bakar dalam oven sekiranya tidak mahu gunakan bara arang.
  • Siap untuk dihidang!

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!