Harini sis kempunan nak masak makanan macam dekat Restoran Chinese..hihi. Sebabkan ada ayam kat dalam peti tu, sis nak buat Ayam Masak Kam Heong lah! Korang pernah cuba? Memang kegemaran sis tau lauk ni. Jangan pelik kalau tengok anak beranak minta tambah nasi ye. Jom mula!
Bahan-bahan:
- 10 ketul ayam
- 1 sk garam
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 sk serbuk cili
- 1 sb tepung jagung
- Daun kari
- 1 sb serbuk kari
- 3 sb sos tiram
- 1 sb sos tomato
- 2 sb sos cili
- 3 sb sos kicap manis
- 1 cawan air
- 1 ulas bawang besar
- 5 biji cili
- Serbuk lada sulah
Bahan Kisar/tumbuk:
- 3 ulas bawang putih
- 1 sk udang kering (rendam dalam air panas supaya lembut)
- 7 ulas bawang merah
- Serai
Cara Penyediaan:
- Masukkan garam, serbuk kunyit, serbuk cili & tepung jagung & gaul rata bersama ayam.
- Perap ayam selama 10 minit.
- Kemudian, panaskan minyak & gorengkan ayam sehingga masak. Angkat & ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan serai & bahan kisar. Gaul sebati.
- Masukkan daun kari & serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak (tuang air utk elak hangus)
- Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili & sos kicap manis. Gaul sebati.
- Masukkan air & biarkan ia mendidih.
- Tuangkan ayam goreng, masukkan bawang besar & cili. Gaul rata.
- Tuangkan sedikit serbuk lada sulah. Siap di hidang!
Uols kalau tak cukup bahan-bahan di atas, boleh membeli-belah di TF Value-Mart berdekatan okeh. Amacam, mengancam bukan? Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!