TF Value Mart

Resepi Ayam Buttermilk Simple & Creamy (Cara Masak Mudah)

Resepi Ayam Buttermilk Simple & Creamy (Ala Azie Kitchen)

Resepi yang kami nak kongsikan kali ini ialah Ayam Buttermilk yang diinspirasikan dari gaya Azie Kitchen! Dia punya sedap tu tak tahu nak cakap macam mana, tapi confirm korang akan bertambah nasi. Kalau buat resepi buttermilk chicken ni kat rumah, anak-anak lah paling suka sebab rasa lemak manisnya. Siap minta kuah lebih!

Macam sis, sis suka letak cili padi lebih sikit dalam ayam masak buttermilk ni baru lah umpphhh. Penggunaan cili ni terpulang pada selera masing-masing tau. Jom kita tengok bahan ayam buttermilk yang diperlukan.

Bahan Ayam Buttermilk:

Bahan buttermilk chicken dan ayam goreng

Bahan untuk Ayam Goreng:

  • 500 gram chicken fillet (dipotong kecil)
  • 1 paket tepung goreng berempah (untuk salutan rangup)

Bahan Kuah Buttermilk Berkuah:

  • 5 sudu besar mentega (butter)
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 4-5 tangkai cili padi (dihiris untuk rasa pedas)
  • 1-2 tangkai daun kari (bahan wajib untuk aroma)
  • 200ml susu cair (untuk tekstur creamy)
  • Garam, gula & sedikit bancuhan tepung jagung (optional untuk pekatkan kuah)

Cara Masak Ayam Buttermilk:

  1. Salutan Ayam: Sediakan dua mangkuk. Mangkuk A (tepung goreng berempah + air) dan Mangkuk B (tepung kering). Celup ayam dalam mangkuk A, kemudian gaul dalam mangkuk B.
  2. Goreng: Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga berwarna keemasan (golden brown). Angkat dan toskan.

Cara buat buttermilk chicken goreng rangup

Cara Buat Buttermilk Chicken (Kuah):

  1. Cairkan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan susu cair, daun kari, garam, dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  3. Jika uols suka ayam buttermilk berkuah yang pekat, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi. Gaul cepat-cepat supaya ayam kekal rangup dan sedia dihidang!

Hidangan Nasi Ayam Buttermilk

Semoga resepi ayam butter ini bermanfaat untuk uols semua! Hidangan ini paling ngam dimakan panas-panas sebagai nasi ayam buttermilk.

Dapatkan bahan-bahan segar seperti susu cair, butter, dan ayam di TF Value-Mart. Kami sentiasa komited menyediakan barangan berkualiti melalui 41 cawangan seluruh Malaysia sejak 1957. Singgah ke TFVM hari ini untuk barangan segar SETIAP HARI!