Ayam Buttermilk, Hidangan Enak & Pantas Untuk Keluarga

Resepi yang kami nak kongsikan kali ini ialah Ayam Buttermilk dari Azie Kitchen! Dia punya sedap tu tak tahu nak cakap macam mana tapi confirm korang akan bertambah lagi. Kalau buat resepi ni kat rumah, anak-anak lah paling suka. Siap minta kuah lebih haha. Macam sis, sis suka letak cili padi lebih sikit, baru lah umpphhh. Penggunaan cili ni terpulang pada selera masing-masing tau. Selamat mencuba!

Bahan-bahan ayam:

  • 500 gram chicken fillet (potong kecil)
  • 1 pek tepung goreng berempah

Bahan-bahan Buttermilk:

  • 5 sudu besar mentega
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • 4-5 tangkai cili padi (dihiris halus)
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 200ml susu cair
  • ½ sudu besar tepung jagung dinacuh dengan sedikit air (optional)
  • Garam & gula

Cara penyediaan:

  1. Masukkan 5 sudu besar serbuk tepung goreng berempah ke dalam mangkuk A dan 5 sudu besar air. Kacau rata. Dalam mangkuk B pula, tuangkan tepung goreng berempah.
  2. Ambil sekeping ayam dan dicelup dalam mangkuk A sebelum digaul dengan tepung dalam mangkuk B. Ketepikan. Buat sehingga habis kesemua ayam.

  3. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dicelup tepung tadi sehingga berwarna keemasan. Angkat dan toskan.\
  4. Menggunakan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga bawang naik bau dan berwarna sedikit kekuningan.
  5. Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan daun kari, gula dan garam. Setelah secukup rasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!