Resepi yang sesuai untuk seisi keluarga! Cara nak buat pun senang dan tak memerlukan bahan yang banyak. Resepi buttermilk ni sesuai kalau guna ayam bahagian dada atau isi. Tapi boleh juga pakai bahagian favourite korang. Rasa sedap! Berlemak, bau haruman daun kari dan secukup rasa yang memikat selera! Selamat mencuba guys~~
Bahan-bahan:
- 500g ayam
- Garam
- 1 biji telur
- 1 kotak kecil tepung Bestari
- 2 sudu mentega
- 1 biji bawang merah & putih
- 4 biji cili merah/hijau
- 2 tangkai daun kari
- 3/4 tin susu cair
- 1-2 keping keju (optional)
Cara penyediaan (Ayam Goreng):
- Campurkan ayam dengan sedikit garam dan perap selama beberapa minit.
- Celupkan ayam perap dengan telur dan gaul dengan tepung Bestari dan goreng hingga masak.
Cara penyediaan (Buttermilk):
- Panaskan mentega dan tumis bawang, cili merah/hijau dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan tin susu cair dan tambahkan dua keping keju kalau nak rasa berlemak.
- Masukkan ayam yang sudah digoreng, dan masak hingga kuah pekat.
Tips:
- Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili atau kurangkan cili.
- Kalau tak nak letak kepingan keju pun boleh, sebab kadang kita tak nak rasa berlemak sangat kan~
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!