TF Value Mart

Ayam Butter Kicap Pedas, Gabungan Dua Selera Dalam Satu Hidangan!

Tak tahu nak masak apa? Teringin ayam butter, tapi craving ayam masak kicap juga? Haa, tak perlu pening kepala, jom cuba resipi Ayam Butter Kicap Pedas ni! Resipi ni memang senang sangat nak buat, tapi sedap tak terkata. Gabungan rasa lemak berkrim dan kuah kicap pedas manis ni memang kena dengan selera orang kita. Makan pula dengan nasi panas, confirm tambah berkali-kali. Jadi, jom cuba Ayam Butter Kicap Pedas hari ini!

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/3 butter
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • Kicap manis sesuai selera
  • Sedikit air
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit gula
  • Hirisan bawang holland
  • Cili padi
  • Hirisan daun bawang

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 1 biji bawang merah besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 6-8 biji cili merah besar
  • 10 tangkai cili padi merah

 

Cara memasak:

  1. Cairkan butter & goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
  2. Kisar kasar bawang merah besar, bawang putih, halia, cili merah besar & cili padi.
  3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan pes asam jawa, sos tiram, sos cili & kicap manis. Kacau sebati.
  5. Tambah sedikit air. Masukkan kiub pati ayam & sedikit gula. Kacau sebati.
  6. Masukkan ayam yg telah digoreng & gaul sebati.
  7. Taburkan hirisan bawang holland, cili padi & daun bawang.
  8. Sedia untuk dihidang.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!