Asam pedas ikan, ayam, daging, yang kuah cair, yang kuah pekat, yang pedas dan yang tak berapa pedas, pendek kata tak kisah macam mana pun kejadiannya, asam pedas memang menjadi makanan kegemaran masyarakat Melayu Malaysia. Ada macam-macam versi resepi masak asam pedas ni. Tapi yang iols nak share kat sini adalah kegemaran iols.
Asam Pedas Ikan Jenahak ni lawankan dengan nasi panas dan telur dadar, sekejap jer licin. Tak pandang dah kiri kanan. Apalagi, moh kita ke dapur!
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan jenahak
- 2 kuntum bunga kantan | dibelah 2
- 6 helai daun limau purut
- 2 biji tomato | dibelah 4
- 7-10 batang kacang bendi
- 1 sudu besar pes asam jawa
- 1 genggam asam gelugor
- 1 sudu teh halba
- 3 senduk cili kisar
- Air secukupnya
- Garam secukupnya
Bahan kisar
- 2 biji bawang besar
- 10 biji bawang putih
- ½ inci lengkuas
- 1½ kunyit hidup
- 1 inci halia
- 2 inci belacan bakar
- 5 biji buah keras

Langkah Penyediaan:
- Panaskan minyak yang agak banyak. Masukkan halba dan bahan kisar. Masukkan cili kisar. Nota: jika minyak lebih, boleh diceduk keluar setelah sambal garing.
- Bila telah terbit minyak, masukkan sedikit air dan tumis lagi. Ulang masukkan air beberapa kali sehingga cili benar benar masak.
- Bila cili telah benar benar masak dan garing (kelihatan minyak berbuih), masukkan air asam jawa/pes asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.
- Masukkan sedikit dulu garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
- Masukkan 400 ml air dan biarkan sehingga mendidih. Jangan masuk banyak sangat air kerana boleh tambah selepas masukkan ikan.
- Setelah mendidih, masukkan ikan. Tambah air secukupnya. Pastikan kuah hanya sekadar tenggelamkan ikan sahaja kerana tidak sedap jika kuah cair.
- Akhir sekali masukkan kacang bendi. Sesuaikan rasa dan bolehlah masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Tips:
- Gunakan buah keras ubtuk dapatkan kuah asam pedas yang rasa lebih lemak dan lebih pekat.
- Tumis cili sampai pecah minyak dan wangi.
- Masak guna api perlahandan jaga rempah jangan sampai hangus
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!











