Hello semua! Dah tahu nak masak apa untuk hari ni? Kalau takde pun tak pe sebab hari ni kita nak kongsikan resepi mudah iaitu Apam Pisang Kukus, confirm moist! Sesuai sangat untuk korang yang suka makan petang bersama famili. Tapi jangan lupa untuk hidangkan sekali bersama teh atau kopi panas ye. Barulah umphh!
Tak dan nak cerita lebih.. Jom kita buat! Selamat mencuba 🙌
Bahan:
- I cawan pisang (anggaran 4 biji) | lenyekkan dulu & ketepikan biar dalam 30 minit.
Bahan (untuk di blend):
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil ovalet (optional)
Cara penyediaan:
- Blend kan sehingga sebati dalam 2 ke 3 minit.
- Kemudian, masukkan telur satu per satu dan sebati kan.
- Masukkan pisang yang sudah di lenyek dan blend kan sekejap dalam 1 minit.
Bahan (untuk di ayak):
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bicarbonate
Cara penyediaan:
- Kemudian, masukkan bahan-bahan yang siap blend tadi ke dalam adunan tepung.
- Kacau sebati sampai tak berketul.
- Bila kesemua bahan dah sebati, boleh masukkan dalam bekas atau acuan untuk kukus atau bakar. Pisang lebihan boleh letak di bahagian atas. (kalau bakar, boleh guna suhu 160 dalam 40 minit.)
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!