Resepi ni memang senang amat, malas-malas pun boleh buat tau. Mana tahu anak-anak balik sekolah mintak nak makan kudap-kudap pula dah..ada roti putih & aiskrim je dalam peti, ha boleh dah tu teruskan niat untuk siapkan Aiskrim Goreng buat mereka! Konfem tersenyum lebar anak-anak tu.

Bahan-bahan:
- Roti Putih
- Aiskrim
- Minyak
Cara Penyediaan:
- Letakkan aiskrim diatas permukaan roti. Ambil satu keping roti yang lain & letakkan atas aiskrim.
- Ambil 1 gelas dan tekap pada roti untuk mendapatkan bentuk.
- Sejukkan 4-5 jam sebelum goreng.
- Tuang minyak, gunakan suhu tinggi.
- Masak sehingga kuning keemasan. 3-10 saat setiap sisi (bergantung kepada suhu).
- Siap untuk dihidang!

Boleh dapatkan aiskrim dan roti dekat TF Value-Mart okeh! Selain itu gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!











