Resepi Acar Timun Masak & Jelatah Rangup
Kalau tak ada acar timun masa makan nasi minyak atau nasi tomato, memang rasa tak lengkap hidangan tersebut! Acar mentah timun atau lebih dikenali sebagai jelatah memang sedap dimakan segar. Bunyi ‘krup krap’ yang terhasil daripada acar timun rangup menambahkan lagi selera dan membantu menyeimbangkan menu masakan yang berlemak.

Cara buat acar timun ni sebenarnya sangat mudah. Tak sampai 10 minit dah boleh siap! Namun, untuk uols yang mahukan rasa yang lebih mendalam, resipi acar timun masak adalah pilihan terbaik. Jom semak acar timun recipe perkongsian daripada Puan Aini Aini di FB Group DAPUR ini.
Bahan-bahan Acar Timun:
Bahan A (Sayuran Segar):
- Lobak merah (buang kulit, potong memanjang seperti mancis)
- Timun (potong memanjang, buang bahagian tengah/empulur untuk kekalkan acar timun rangup)
- Bawang kecil & Bawang putih (dibuang kulit, biarkan sebiji-sebiji)
- Cili merah & Hijau (dibelah jangan putus)
- Halia (dimayang halus) & Sedikit biji sawi
Bahan B (Bahan Kisar):
- Cili kering (rebus & cuci bersih)
- Bawang merah, Bawang putih, Halia & Kunyit hidup
Bahan C (Perasa):
- Cuka makan (bahan acar wajib untuk rasa masam)
- Gula, Garam & Serbuk perasa (optional)

Cara Masak Acar Timun Berempah:
- Tips Rangup: Gaul rata Bahan A dengan garam, biarkan sebentar untuk keluarkan air timun. Kemudian, toskan air tersebut. Ini rahsia cara buat acar yang kekal krup-krup.
- Tumis: Kisar halus Bahan B dan tumis sehingga betul-betul pecah minyak dan garing.
- Perasakan: Masukkan Bahan C (cuka dan gula). Masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Gaul: Akhir sekali, masukkan Bahan A. Gaul rata dengan cepat dan terus tutup api supaya sayur tidak terlalu lembek.

Resepi acar timun simple ini memang penyelamat meja makan uols! Sama ada uols buat acar darat atau acar tumis, pastikan bahan-bahannya segar.
Semoga perkongsian acar malaysia ini bermanfaat untuk uols! Dapatkan sayur-sayuran segar seperti timun dan lobak merah di TFVM. Sejak 1957, kami telah melayani uols melalui 36 cawangan seluruh Malaysia dengan barangan segar SETIAP HARI!











