TF Value Mart

🍲Tomyam Putih Seafood Kaw 🤤

Tertunggu resepi untuk hari ni ke?

Nah kita nak kongsikan resepi mudah yang pastinya buatkan semua terliur hihi Biasa kita makan tomyam merah kan? Kalini kita nak kongsi Resepi Tomyam Putih Kaw punya! Yang ni korang kena cuba tau sebab masam, masin, manis, semuaaaa lah cukup.

Tak dan nak cerita lebih.. Jom kita buat! Selamat mencuba 🙌

Bahan:

  • 2 biji tomato
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang holland (dihiris kasar)
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 tangkai akar ketumbar
  • ½ inci lengkuas
  • Daun limau purut
  • 2 biji limau (diperah)
  • 1 sudu sos ikan
  • Seafood (udang, sotong)
  • Sayur pilihan masing-masing
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ sudu kecil serbuk perasa

Cara penyediaan:

  1. Isikan air dalam periuk.
  2. Masukkan tomato, serai, akar ketumbar, lengkuas, cili padi, bawang putih. Biar sehingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan pula seafood seperti udang, sotong, bawang holland, daun limau purut, perahan limau nipis, sayur pilihan. Biar dia lembut.
  4. Kemudian, perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan masukkan daun ketumbar. Biarkan mendidih seketika.
  5. Siap! Dah boleh tutup api dan hidangkan bersama nasi dan lauk yang lain.

Tips: Masukkan ayam bila air tengah mendidih untuk elak bau hanyir.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!