TF Value-Mart Donations 2021
A charity bid to aid the underprivileged
The Covid-19 pandemic has affected us all in some way. However, the situation is much more difficult for the underprivileged. TF Value-Mart has recently taken up the responsibility to help the underprivileged through a monthly donation drive. It is also part of TF Value-Mart ways of giving back to the community.
Donation booths were set up in four outlets, namely Batu Gajah, Sungai Siput, Tambun, and Ipoh South Precint, to encourage more people to participate in the drive. This initiative run from April 2021 to December 2021.
Biscuits, instant meals, beverages, frozen food, toiletries, household essentials, and drugs are among the things that the public can put in these donation booths. Donations can also be made in any form including cash.
All public contributions will be allocated to underprivileged charity homes that receive no funding from NGOs or the government. The public is encouraged to be part of this initiative.
Kutipan amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik
Pandemik Covid-19 telah mempengaruhi kita dalam pelbagai cara dan keadaan lebih menyukarkan pada mereka atau golongan yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini, TF Value-Mart turut membantu melalui usaha derma bulanan. Ini merupakan salah satu cara TF Value-Mart menyumbang kepada masyarakat.
Ruang derma ada disediakan di empat cawangan iaitu Batu Gajah, Sungai Siput, Tambun, dan Ipoh South Precint bagi memudahkan orang ramai turut serta dalam kempen ini. Inisiatif ini dijalankan dari April 2021 sehingga Disember 2021.
Biskut, makanan segera, minuman, makanan sejuk beku, peralatan mandian, barang keperluan rumah dan ubat-ubatan adalah antara sumbangan yang boleh diberikan oleh orang ramai di tempat derma yang disediakan. Sumbangan juga boleh dibuat dalam bentuk lain termasuk wang tunai.
Semua sumbangan akan diberikan kepada rumah kebajikan yang kurang berkemampuan serta tidak mendapat dana dari mana-mana NGO atau pihak yang berkaitan. Orang ramai digalakkan untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini.