TF Value-Mart – 𝙆𝙚𝙢𝙥𝙚𝙣 𝙆𝙞𝙗𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙣𝙙𝙚𝙧𝙖 𝙋𝙪𝙩𝙞𝙝

Bersama-sama kami menjayakan Kempen Kibarkan Bendera Putih dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukannya.
Cawangan-cawangan TF Value-Mart akan menyediakan tempat khas yang akan digunakan sebagai ruang sumbangan untuk orang ramai & anda dialu-alukan memberi sedikit sebanyak sumbangan untuk menjayakan kempen tersebut.

Kami di TF Value-Mart Sdn. Bhd. akan melaksanakan tanggungjawab kami demi kempen tersebut & kami berharap agar orang ramai boleh bersama-sama berganding bahu menjayakan Kempen Kibarkan Bendera Putih ini.

Sumbangan ikhlas akan disalurkan kepada individu yang memerlukannya disekitar cawangan-cawangan TF Value-Mart dalam masa yang terdekat.

#kempenkibarkanbenderaputih
#sumbanganikhlas
#sediamembantu
#kitajagakita